Jumaat, 1 Julai 2011

Hargailah perkahwinan anda

Perkahwinan adalah satu ikatan yang dihalalkan oleh agama untuk pergaulan bebas di antara lelaki dengan wanita.Setiap pasangan mengharapkan ikatan suci ini akan berkekalan hingga akhir hayat,namun semuanya akan tercapai jika ikatan ini disusuli dengan keikhlasan,bertoleransi,komunikasi yang baik,susah dan senang bersama,kesabaran yang jitu dan yang paling penting agama dijunjung.Maka jika semua ini dipraktikkan dalam rumahtangga ,InsyaAllah setiap pasangan akan merasa kebahagiaan dan kenikmatan seperti berada dalam TAMAN SYURGA FIRDAUSI.

     Namun institusi kekeluargaan kini semakin rapuh dan amat menyedihkan,mengapa semua ini harus terjadi?ke mana perginya cinta dan kasih sayang Allah Taala kurniakan?Dimanakah kesetiaan dan kejujuran yang diikrarkan semasa bercinta?siapakah yang akan menjadi mangsa akibat perpisahan ini?
        Anak -anak berada di dalam di lema untuk memilih di antara keduanya,akibat dari kekeliruan ini ramai anak-anak menjerumuskan diri dalam perkara yang tidak berfaedah hanya untuk melepaskan tension.Bukan sahaja pasangan,anak-anak,malah ibubapa di antara dua pihak juga akan mendapat tempiasnya.Apakah bualan yang perlu ditutur bila masyarakat bersuara,tapi jawapan yang pasti"jodoh mereka hanya setakat ini sahaja",sedangkan dalam fikiran kedua ibubapa mereka terdetik"mengapa semua ini harus terjadi"


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zwani.com myspace graphic comments