Isnin, 4 Julai 2011

BERTUDUNG HANYA TREND DI MASA KINI


    Mengapa harus jadi begini bertudung hanya mengikut trend,bukan mengikut perintah Allah untuk menutup aurat.Amalan ini amat menyakitkan mata memandang sebagai seorang muslimat.Aurat wajib ditutup untuk kebaikan semua pihak.

    Mengapa harus memakai tudung sedangkan tubuh badan terbuka di sana-sini?kita menutup rambut tetapi yang di bawah dibiar terdedah,tubuh badan juga termasuk dalam aurat yang perlu kita jaga.Islam mengangkat martabat wanita dengan menyuruh menutup aurat kerana kaum wanita dapat menghindari dari perkara-perkara yang tidak diingini.
     Memakai pakaian yang menampakkan tubuh badan tak ubah seperti tak memakai baju,kerana semua orang dapat memandang bentuk tubuh badan kita.Jangan rasa megah dengan pakaian yang menjolok mata kerana ia akan mengundang kecelaan kepada kita sendiri.Jangan marah dan sakit hati jika perkara yang tidak diingini seperti dirogol,diraba oleh kaum lelaki,kerana kita sendiri yang mengundang mereka untuk melakukan perkara terkutuk itu.
    Renunglah wahai wanita-wanita islam kenapa islam menyuruh kaum muslimatnya menutup aurat....banyak faedahnya dan kebaikannya....kerana islamlah yang telah mengangkat darjat kita.....kembalilah kepada islam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zwani.com myspace graphic comments