Isnin, 11 Julai 2011

DIMANAKAH PERPADUAN YANG DILAUNGKAN?


Kekadang termenung sejenak merenung keadaan bangsa kita.Mengapa harus jadi begini?...kenapa agama diketepikan semata-mata untuk keuntungan di dunia.Ayuhlah bangsaku janganlah jadikan arena politik untuk merenggangkan hubungan silaturrahim di antara kita.
Kemanakah hala tuju kita yang sebenarnya,perpaduan dilaung-laungkan tetapi hakikatnya bangsa kita sendiri berpecah belah,sedangkan dalam islam melarang keras kita memutuskan silaturrahim diantara muslimin.Kembalilah bersatu di bawah naungan agama yang suci.Junjunglah agama semoga pentadbiran dan keharmonian sentiasa dibawah lembayung kasihsayang Allah Taala.
Perbezaan politik yang semakin meruncing amat membimbangkan,pepatah melayu ada berkata"lidi sebatang dapat dipatahkan,jika serumpun begitu sukar untuk dipatahkan'tapi dimana menghilangnya pepatah ini dalam diri bangsa kita.Renung dan ambillah iktibar dari negara-negara arab yang dijajahi oleh kapitalis,ini akibat dari perpecahan sesama sendiri kerana mengenepikan agama,sedangkan kalau mereka bersatu menentang kapitalis mungkin perkara begini tak akan terjadi,negara yang merdeka tetapi dijajahi oeh kapitalis.

kembalilah kepada agama kerana ia adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua.Ingatlah wahai umat-umat islam akan janji-janji Allah Taala itu pasti,takutlah kamu dengan peringatan-peringatan yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis,jangan sesekali memandang remeh dengan FirmanNya.Janganlah kita bermegah-megah dengan kemajuan dan pemodenan yang kita kecapi tanpa ditunjangi agama kerana ini akan membinasakan diri sendiri.Sejarah telah membuktikan walau sejauh mana kemajuan yang kita kecapi tanpa menjunjung agama jika Allah Taala kata "KUNFAYAKUN"maka ddunia kemodenan yang dibanggakan selama ini akan hancur sebegitu sahaja......contohnya negara Jepun....siapa yang tidak kenal negara yang termaju ini...tetapi ingatlah Allah Taala itu lebih berkuasa.
Oleh itu janganlag kita berpecah belah kerana berpolitik.Politik penting dalam agama tapi biarlah ianya selari dengan agama ,tak kiralah Parti Pemerintah atau Parti Pembangkang tapi yang penting agama islam dijunjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zwani.com myspace graphic comments