Sabtu, 2 Julai 2011

Pentingnya sembahyang

    











  Islam tanpa amalan-amalan yang diwajibkan di dalamnya tidak diamal,umpama kotak yang kosong tiada memberi keuntungan kepada diri sendiri.Islam ada rukun-rukun dan syarat-syaratnya tesendiri,tanpa rukun-rukun dan syarat-syaratnya maka tidak sah lah keislamannya.Paling utama dalam islam adalah mengucap dua kalimah syahadah,perlu diucap dilidah bertasdiqkan didalam hati.

       Sembahyang lima waktu dalam sehari merupakan rukun islam yang kedua.Sembahyang diwajibkan keatas hambanya yang beragama islam,kerana sembahyang adalah tiang agama.Sembahyang mengajar kita menjadi seorang yang penyabar ,merendah diri dengan yang Maha Berkuasa,tertib dalam kehidupan,dan mendidik kita menjadi seorang yang tekun dan bersungguh dalam menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
     Mengapa dikalangan umat islam hanya segelintir yang menunaikan perkara yang wajib ini,sedangkan sembahyang paling mudah untuk dilaksanakan.Bagi golongan-golongan ini memadailah dengan derma yang mereka hulur,kebaikan dan prihatin terhadap masyarakat,dan memberi sumbangan mendirikan masjid,itu sudah memadai untuk mendapatkan pahala,tak menunaikan sembahyang lima waktu pun tak ape...Inilah pandangan yang salah dilakukan oleh umat islam.
       Rukun islam umpama sebuah rumah,jika tiada tiang apa gunanya kita mendirikan rumah,akhirnya akan rebah ke bumi.Begitu juga dengan islam,jika sembahyang diabaikan apa akan jadi pada diri kita?fikir-fikirkanlah...Jika kita boleh menghabiskan masa di gam membuat senaman-senaman yang memenatkan badan selama berjam-jam,mengapa kita tidak memperuntukkan masa sedikit saja dari itu untuk menunaikan solat...Jika kita boleh menghabiskan masa di Mall-mall sambil menghabiskan wang,kenapa kita tak ke  masjid sahaja sambil menderma dari wang yang dibelanjakan di Mall-mall....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zwani.com myspace graphic comments