Sabtu, 2 Julai 2011

Agama Islam



   Setiap bangsa yang berada di dalam dunia pastinya ada agama mereka tersendiri, namun islam agama yang teragung yang Allah Taala berikan untuk para umatnya...segala  peraturan yang terkandung di dalam ajaran agama islam merangkumi segala aspek,sayangnya hanya segelintir sahaja yang menjadikan agama islam sebagai pedoman hidup.ISLAM bukan untuk bangsa Melayu semata-mata,tetapi merangkumi semua bangsa yang terdapat di dunia ini.Islam bersifat Universal.

      Namun di akhir-akhir ini Islam diwar-warkan oleh kapitalis sebagai pengganas.Sesiapa yang beragama islam dianggap orang yang zalim,kejam dan melakukan kerosakkan di muka bumi, amat memedihkan hati dan perasaan tatkala agama yang suci ini dihina dan dicaci.Islam adalah agama yang suci,yang dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W untuk umatnya yang tercinta...
     Hukum-hukum yang termaktub di dalam Al-Quran bukanlah satu kongkongan seperti  yang difikir oleh kapitalis, tetapi adalah untuk kebaikan dari segala aspek, memelihara umat dan masyarakat dari masalah yang akan timbul daripada perkara yang tidak diingini...contohnya,islam melarang keras meminum arak...kerana minuman ini akan merosakkan akal fikiran dan tubuh badan...bila fikiran tidak dapat dikawal kita seperti orang gila yang hilang arah tujuan....
      Zina salah satu perbuatan yang diharamkan di dalam islam....renungkanlah....sekarang kita semua nampak akibat dari perbuatan terkutuk ini....yang paling nyata bayi yang dilahirkan dari hasil perbuatan ini dibuang bagai sampah sarap yang tiada nilainya....penyakit berjangkit,bila menghidapinya tiada sesiapa yang dapat mengubatinya kecuali bertaubat kepada Allah S.W.T....
     Wahai hamba-hamba yang mulia,junjunglah agama sebagai panduan hidup,jangan jadikan dunia sebagai matlamat hidup,kerana yang hidup pasti akan mati...harta kekayaan,kecantikan,segalanya tidak dapat dibawa bersama di alam kubur...hanya amalan dan kebaikan didunia sahaja yang akan menjadi bekalan...oleh itu ingatlah Allah Taala sentiasa memerhati segala gerak geri hamba-hambanya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zwani.com myspace graphic comments