Khamis, 28 Julai 2011

TAWAKKAL TU ILALLAH



Ya tuhanku,hanya Engkaulah tempat hamba-hambaMu bergantung harap,kerana Engkau lebih memahami segala perjalanan hidup yang telah tersurat ini.Setiap perjalanan hidup ini telah tersurat dari azali lagi,sebagai hambaNya kita hanya berserah dan berdoa agar setiap perjalanan ini diberkati dan dirahmati olehNya.
     Mengapa segelintir hambamu yang memahaminya,sedangkan yang lain beranggapan kehidupan ini peraturan dari diri sendiri tanpa bantuan sesiapa pun,anggapan silap ini yang menyebabkan ramai hambaMu terlanjur jauh dari jalan agama.
    Semenjak kebelakangan ini manusia semakin alpa melayani kerenah kehidupan mereka sendiri tanpa memikirkan siapakah yang mengaturkan segalanya.Kehidupan dunia perlu ada namun jangan dilupakan kehidupan abadi yang sedia menanti.Namun kadang-kadang diri ini juga terlanjur namun kerana kasih sayang Ilahi diri ini tersedar dan menginsafi apa yang terlanjur kerana Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
    Segala urusan hidup ini perlu bergantung harap dengan yang Maha Esa,jangan sesekali mengharapkan bantuan manusia tanpa mendahului yang Maha Esa.Kita berusaha sambil bertawakkal kepada Ilahi.Ingatlah wahai umat islam,jangan memperlekehkan peraturan yang ditetapkan di dalam islam.Peraturan inilah yang akan mendidik kita menjadi insan yang berguna dan berhemah tinggi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zwani.com myspace graphic comments