Selasa, 2 Ogos 2011

KEPENTINGAN RAMADHAN

Ramadhan engkau datang lagi tahun ini,semoga kedatangan mu membawa seribu keinsafan di dalam jiwa-jiwa muslimin dan muslimat.Ramadhan umpama seribu bulan,bayangkan betapa berharganya bulan ini untuk muslimin dan muslimat sekelian....
  Ayuh saudara-saudaraku kita berlumba untuk mendapatkan segala keberkatan yang terdapat   di dalamnya...semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya di dalam bulan yang mulia ini.Ramadhan merupakan medan perang untuk kita....bukan berperang sesama manusia tetapi berperang dengan hawa nafsu sendiri...perang yang paling besar dalam islam ialah berperang dengan hawa nafsu kita sendiri...jika kita tidak mengikut hawa nafsu maknanya kita dah berjaya membentuk jiwa kita mencintai agama sepenuh hati...
  Berpuasa bukan bermakna kita terpaksa menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi merangkumi semua anggota badan....berpuasa mata....memelihara mata dari melihat benda-benda yang boleh membawa diri dari melakukan kemaksiatan...puasa mulut...menghindari kita mengumpat sesama kita, memfitnah orang, bercakap benda-benda yang sia-sia, sepatutnya di bulan ini manfaatkanlah mulut ini dengan membaca Al-Quran,semoga hidup kita diberkati...membicara dengan tutur bicara yang menyenangkan semua pihak...mendidik kita supaya menghormati orang dan berbudi bahasa dengan masyarakat...puasa telinga...
melarang kita dari mendengar cerita-cerita yang tak berfaedah dari seseorang...digunakan hanya untuk mendengar ayat-ayat suci...nasyid-nasyid keagamaan... jika kita mendengar muzik yang boleh melalaikn...ini boleh melengahkan kita melakukan ibadat kerana asyik mendengar lagu-lagu hingga tidak mendengar azan yang dilaungkan....puasa tangan...menahan diri dari melakukan perbuatan mencuri...merompak...melakukan maksiat dengan tangan bagi yang mahu melunaskan tuntutan seks...puasa kaki...dapat menghindari kita dari melangkah kaki ke tempat-tempat maksiat...contohnya pusat-pusat hiburan dan premis-premis perjudian....
    Semua ini adalah untuk kebaikan diri kita sendiri....membentuk jiwa kita dan diri kita menjadi insan yang syumul....sekiranya kita boleh mengekalkan Alhamdulillah hidup kita telah terjamin untuk mendapat pembalasan yang baik untuk akhirat nanti....Inilah impian bagi orang-orang yang rindukan Allah Taala dan para rasulNya....
   Malah Ramadhan juga mengajar erti kesabaran dalam diri....menginsafi diri....banyak melakukan sedekah di dalam bulan ini...untuk mengingati segelintir dari kita masih ditahap yang memerlukan belas ihsan orang .ramai...bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah Taala kurniakan kepada kita....apa salahnya kita berkongsi dengan orang lain yang amat memerlukan...lagi pun segala rezeki yang dikecapi adalah pemberian dari Allah Taala juga....
     Hanya ramadhan umat islam dapat menunaikan sembahyang tarawih....rebutlah peluang ini wahai saudara-saudara yang berkemampuan menunaikannya....pahala yang Allah Taala sediakan untuk hambaNya yang taat dan patuh kepadaNya....tiada tandingan di dunia ini...bayangkan dari malam pertama hingga malam akhir kita mendapat ganjaran berlipat ganda dari Allah Taala....jangan asyik mengutip ganjaran dari supermarket sahaja,kerana itu tidak mendatangkan hasil....tetapi ganjaran-ganjaran yang Allah Taala sediakan ini untuk kepentingan di alam akhirat nanti....alam yang tiada penghujungnya...yang ada hanya syurga dan neraka....fikir dan renungkanlah...mana satu pilihan hati....
  Semoga catatan ini dapat membuka minda sesetengah hambaNya yang tiada ilmu pengetahuan....sebab di zaman ini umat islam dah tersasar jauh dari tali agama....dengan muka selamba boleh makan dan minum tanpa rasa takut dengan Allah Taala....memang la muka tak malu dan  tak takut dengan orang tapi ingatlah Allah Taala sentiasa memerhati hamba-hambaNya.....




    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zwani.com myspace graphic comments