Isnin, 18 Julai 2011

BOMOH DAN DUKUN SEMAKIN DIMINATI





Tajuk ini memang seronok untuk dibincang kerana akhir-akhir ini masyarakat kita semakin taksub dengan bomoh dan dukun.Ada yang bertujuan untuk kecantikan,untuk laris jualan,untuk suami patuh kepada isteri,untuk meruntuhkan rumahtangga orang,dan bermacam-macam lagi.Asalkan hajat mereka tercapai dan tidak menghiraukan apa akibatnya dari perbuatan tersebut.
  Sekali pandang memang gerun,sebab yang utama manusia sekarang lebih mengharapkan bantuan sesama manusia selain dari Allah SWT,sepatutnya Allah Taala tempat kita memohon segala-galanya,namun masih ada segelintir masyarakat menggunakan khidmat para alim ulama yang menggunakan ayat-ayat suci untuk berubat.
  Apa gunanya kita menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan sesuatu hubungan,tidak takutkah mereka dengan siksaan-siksaan yang dijanjikan AllahSWT.Setiap yang muda pasti tua,setiap yang tegang pasti kendur juga,setiap yang hidup pasti akan meninggal,ingatlah hanya amalan-amalan yang soleh dapat menemani kita di alam akhirat.
  Kecantikan menggunakan susuk adalah sesuatu perbuatan yang akan memakan diri sendiri akhirnya,kerana memakai susuk kita perlu menjaga pantang larangnya jika tersilap langkah kita sendiri yang merana,sudahlah membuat dosa dengan Allah Taala.insaflah kerana kecantikan yang sebenarnya terletak di dalam hati,jika bersih hati kita maka cantiklah luarannya.Sembahyang 5 waktu dan berzikir dapat mengekalkan awet muda yang sebenarnya.Tanyalah kepada yang berusia menjangkau 100 tahun ke atas,pasti jawapannya rajin sembahyang 5 waktu dan berselawat.
   Mengapa perlu kasihsayang suami dengan membomohkannya,ingatlah dosa besar jika kita melakukan perkara begitu terhadap suami kita.Lagi pula ia tidak akan kekal lama.Segala peraturan sebagai seorang isteri yang ditetapkan oleh islam sudah memadai untuk suami menyayangi kita,setiap yang hidup pasti ada ujiannya.Oleh itu ujian kita sebagai seorang isteri memang banyak,bukan kerana Allah membenci hamba-hambanya tetapi kerana sayangkan kita Allah Taala menduga kita,untuk menguji sejauh mana keimanan kita kerana ganjaran yang akan diberiNya tiada tandingan di dalam dunia ini.
  Setiap rezeki yang masuk walau banyak atau sikit itu semua adalah rezeki juga,adat perniagaan biasalh ada pasang surutnya,sekejap untung sekejap rugi.Keadaan menjadi parah kerana kita sendiri tak pernah bersyukur dengan apa yang diberiNya,lupa membayar zakat ketika rezeki melimpah ruah,kedekut untuk bersedekah dan tidak menunaikan sembahyang 5 waktu,maka kesilapan itu bermula dari kita sendiri.Mencari rezeki untuk dunia semata-mata tak akan kemana,kerana jiwa  kita kosong.
    Dukun dan bomoh itu juga manusia sama macam kita ,tiada kelebihannya ,kecuali mereka menggunakan perantaraan dengan jin.Jin pula tergolong dalam dua golongan iaitu jin islam dan jin kafir....tapi berhati-hatilah kerana mereka ini tergolong dalam makhlus halus yang sentiasa ingin menggugat iman kita...Sebaik-baik jin islam ialah sejahat-jahat manusia...fikir-fikirkanlah....sedangkan mereka juga adalah makhlus Allah Taala sama dengan kita,kerana bila tibanya hari kiamat mereka juga akan terkubur seperti kita.....
 Renunglah wahai umat islam yang berbangsa melayu jangan lah kamu memperhambakan diri dengan makhlus-makhlus ini kerana Allah Taala lebih berkuasa di atas segalanya...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

zwani.com myspace graphic comments