Isnin, 11 Julai 2011

DIMANAKAH PERPADUAN YANG DILAUNGKAN?


Kekadang termenung sejenak merenung keadaan bangsa kita.Mengapa harus jadi begini?...kenapa agama diketepikan semata-mata untuk keuntungan di dunia.Ayuhlah bangsaku janganlah jadikan arena politik untuk merenggangkan hubungan silaturrahim di antara kita.

Isnin, 4 Julai 2011

BERTUDUNG HANYA TREND DI MASA KINI


    Mengapa harus jadi begini bertudung hanya mengikut trend,bukan mengikut perintah Allah untuk menutup aurat.Amalan ini amat menyakitkan mata memandang sebagai seorang muslimat.Aurat wajib ditutup untuk kebaikan semua pihak.

Sabtu, 2 Julai 2011

Pentingnya sembahyang

    











  Islam tanpa amalan-amalan yang diwajibkan di dalamnya tidak diamal,umpama kotak yang kosong tiada memberi keuntungan kepada diri sendiri.Islam ada rukun-rukun dan syarat-syaratnya tesendiri,tanpa rukun-rukun dan syarat-syaratnya maka tidak sah lah keislamannya.Paling utama dalam islam adalah mengucap dua kalimah syahadah,perlu diucap dilidah bertasdiqkan didalam hati.

Agama Islam



   Setiap bangsa yang berada di dalam dunia pastinya ada agama mereka tersendiri, namun islam agama yang teragung yang Allah Taala berikan untuk para umatnya...segala  peraturan yang terkandung di dalam ajaran agama islam merangkumi segala aspek,sayangnya hanya segelintir sahaja yang menjadikan agama islam sebagai pedoman hidup.ISLAM bukan untuk bangsa Melayu semata-mata,tetapi merangkumi semua bangsa yang terdapat di dunia ini.Islam bersifat Universal.

Jumaat, 1 Julai 2011

Hargailah perkahwinan anda

Perkahwinan adalah satu ikatan yang dihalalkan oleh agama untuk pergaulan bebas di antara lelaki dengan wanita.Setiap pasangan mengharapkan ikatan suci ini akan berkekalan hingga akhir hayat,namun semuanya akan tercapai jika ikatan ini disusuli dengan keikhlasan,bertoleransi,komunikasi yang baik,susah dan senang bersama,kesabaran yang jitu dan yang paling penting agama dijunjung.Maka jika semua ini dipraktikkan dalam rumahtangga ,InsyaAllah setiap pasangan akan merasa kebahagiaan dan kenikmatan seperti berada dalam TAMAN SYURGA FIRDAUSI.
zwani.com myspace graphic comments