Selasa, 2 Ogos 2011

KEPENTINGAN RAMADHAN

Ramadhan engkau datang lagi tahun ini,semoga kedatangan mu membawa seribu keinsafan di dalam jiwa-jiwa muslimin dan muslimat.Ramadhan umpama seribu bulan,bayangkan betapa berharganya bulan ini untuk muslimin dan muslimat sekelian....
  Ayuh saudara-saudaraku kita berlumba untuk mendapatkan segala keberkatan yang terdapat   di dalamnya...semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya di dalam bulan yang mulia ini.Ramadhan merupakan medan perang untuk kita....bukan berperang sesama manusia tetapi berperang dengan hawa nafsu sendiri...perang yang paling besar dalam islam ialah berperang dengan hawa nafsu kita sendiri...jika kita tidak mengikut hawa nafsu maknanya kita dah berjaya membentuk jiwa kita mencintai agama sepenuh hati...

Isnin, 11 Julai 2011

DIMANAKAH PERPADUAN YANG DILAUNGKAN?


Kekadang termenung sejenak merenung keadaan bangsa kita.Mengapa harus jadi begini?...kenapa agama diketepikan semata-mata untuk keuntungan di dunia.Ayuhlah bangsaku janganlah jadikan arena politik untuk merenggangkan hubungan silaturrahim di antara kita.

Isnin, 4 Julai 2011

BERTUDUNG HANYA TREND DI MASA KINI


    Mengapa harus jadi begini bertudung hanya mengikut trend,bukan mengikut perintah Allah untuk menutup aurat.Amalan ini amat menyakitkan mata memandang sebagai seorang muslimat.Aurat wajib ditutup untuk kebaikan semua pihak.

Sabtu, 2 Julai 2011

Pentingnya sembahyang

    











  Islam tanpa amalan-amalan yang diwajibkan di dalamnya tidak diamal,umpama kotak yang kosong tiada memberi keuntungan kepada diri sendiri.Islam ada rukun-rukun dan syarat-syaratnya tesendiri,tanpa rukun-rukun dan syarat-syaratnya maka tidak sah lah keislamannya.Paling utama dalam islam adalah mengucap dua kalimah syahadah,perlu diucap dilidah bertasdiqkan didalam hati.

Agama Islam



   Setiap bangsa yang berada di dalam dunia pastinya ada agama mereka tersendiri, namun islam agama yang teragung yang Allah Taala berikan untuk para umatnya...segala  peraturan yang terkandung di dalam ajaran agama islam merangkumi segala aspek,sayangnya hanya segelintir sahaja yang menjadikan agama islam sebagai pedoman hidup.ISLAM bukan untuk bangsa Melayu semata-mata,tetapi merangkumi semua bangsa yang terdapat di dunia ini.Islam bersifat Universal.
zwani.com myspace graphic comments